Monday 9 April 2012

Customize Veil dan Tudung

Assalamualaikum semua..


Tentu ramai yang tercari-cari di mana boleh dapatkan customize veil dan tudung dengan harga yang berpatutan.Jawapannya,tentunya di Mazaya Azalea Wedding Gallery.


Selain menyediakan perkhidmatan sewaan veil dan tudung,kami juga membuat custom made veil mengikut budget anda.


Yang pasti,setiap veil dan shawl kami akan menggunakan shiffon silk sebagai bahan utama kerana kami begitu mementingkan kualiti dan keselesaan si pemakai manakala,untuk tudung awning,kami menggunakan material lycra yang baik.


shiffon silk akan terletak indah di kepala dan tidak kelihatan menggerbang kerana material shiffon silk sangat lembut dan beralun,ia akan nampak begitu cantik apabila dipakai.


Kami mendapat respon yang begitu baik mengenai veil dan tudung kami.Untuk anda yang masih tercari-cari veil,tudung dan shawl untuk hari bersejarah anda,semuanya ada di sini.Jangan risau tentang harga customize veil,tudung dan shawl kami kerana kami akan mengikut budget anda.


Contoh veil dan tudung seperti di bawah







email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk keterangan lanjut.kami sentiasa bersedia membantu anda.


Love,
Mazaya Azalea

Tuesday 3 April 2012

Candy Buffet/Chocolate Fountain

Assalamualaikum semua..

Candy Buffet merupakan tarikan baru dalam majlis perkahwinan masa kini. Kebiasaannya,candy buffet diadakan bukan sahaja untuk meraikan kanak-kanak,malah orang dewasa juga turut berminat untuk merasai kelazatan marshmallow disaluti coklat.




Berikan kelainan kepada majlis anda dengan mengadakan candy buffet.Tidak kira apa jua majlis sama ada majlis perkahwinan,majlis hari jadi mahu pun majlis aqiqah,candy buffet sangat sesuai dihidangkan kepada tetamu anda.

Dapatkan pakej menarik daripada kami:




Pakej Shirley (100 pax) RM300

1 chocolate fountain machine

2kg dipping chocolate

1kg marshmallow

1 kg cornflakes

1 kg stick biscuits

0.5kg mix pastilles

24 sticks lollipop

40 sticks fruit sherbet

50 sticks jelly pudding

1 bottle of cadbury chocolate




Pakej Dianne (200pax) RM400

1 chocolate fountain machine

3kg dipping chocolate

1.5 kg marshmallow

1 kg cornflakes

1 kg stick biscuits

1 kg mix pastilles

24 sticks lollipop

80 sticks fruit sherbet

100 sticks jelly pudding

1 bottle of cadbury chocolate

3 type of fruits



Pakej Tilda (300 pax) RM550

1 chocolate fountain machine

4 kg dipping chocolate

2kg marshmallow

1 kg cornflakes

1 kg stick biscuits

1 kg mix pastilles

24 sticks lollipop

80 sticks fruit sherbet

100 sticks jelly pudding

1 bottle of cadbury chocolate

1 moist chocolate cake

5 type of fruits







Percuma dekorasi candy buffet table untuk setiap pakej yang ditawarkan.

Sila email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk membuat tempahan. Tempahlah sekarang kerana mengadakan candy buffet untuk majlis anda adalah satu idea yang akan membuat tetamu yang hadir teruja.Percayalah.

Love,
Mazaya Azalea






Promosi Hantaran

Assalamualaikum semua..

Bagi bakal pengantin yang buntu memikirkan tentang dekorasi hantaran,anda tak perlu gusar lagi. Kami di Mazaya Azalea Wedding Gallery bersedia membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda.

Percaya atau tidak,kos untuk tempahan dekorasi hantaran daripada pihak kami tidaklah mahal tetapi kami menjanjikan hantaran tersebut menjadi bualan pada hari bersejarah anda nanti.

Dekorasi hantaran kami simple tetapi tetap mengekalkan kecantikan sesuatu hantaran.



Kami sedang menjalankan promosi untuk hantaran seperti dalam gambar di atas. Kebiasaannya, kos untuk 1 hantaran seperti dalam gambar ialah RM50 kerana hiasan pada hantaran tersebut menggunakan batu berkualiti dan kain satin yang tidak berkilat(semakin berkilat kain satin,semakin rendah grednya) serta designnya yang lebih eksklusif daripada hantaran biasa memandangkan design hantaran kami lebih moden.

Untuk harga promosi,kos untuk 1 hantaran hanyalah RM35.Ya..RM35. Dengan kos RM35, kami akan menggubah hantaran anda mengikut tema majlis anda.Hantaran ini juga akan didatangkan dengan dulang beserta alasnya.

Rebutlah tawaran ini dengan segera kerana ia sangat membantu anda mengawal budget anda tetapi masih menyerlahkan ciri-ciri eksklusif di hari pernikahan anda.

Email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Love,
Mazaya Azalea

Monday 2 April 2012

Sewaan Bekas Hantaran

Assalamualaikum semua..


Kebiasaannya,gubahan hantaran antara yang menjadi perhatian semasa majlis akad nikah dijalankan. Oleh sebab itu,menyediakan gubahan yang menarik akan membuatkan tetamu lebih teruja pada hari akad nikah tersebut.


Kami di Mazaya Azalea Wedding Gallery amat mementingkan gubahan hantaran. Kami sentiasa berharap,para pelanggan kami berpuas hati dengan gubahan yang disediakan memandangkan setiap gubahan mempunyai nilainya yang tersendiri.


Bagi bakal pengantin yang mendambakan ciri-ciri eksklusif tetapi masih mengawal budget anda,apa kata anda menyewa bekas hantaran beserta gubahan dengan pihak kami.


Kami mempunyai 2 set bekas hantaran eksklusif yang siap digubah. 







Jika anda berminat untuk menyewa,kosnya hanya RM20 untuk 1 dulang hantaran. Setiap dulang akan disertakan bekas hantaran,tapak hantaran dan kain alas tapak hantaran.

Email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk membuat sewaan.Kami sentiasa membantu anda untuk menjadikan hari bersejarah anda sesuatu yang indah untuk dikenang,bukan sahaja oleh anda tetapi oleh semua tetamu anda.

Love,
Mazaya Azalea

Sewaan Bantal Nikah

Assalamualaikum semua..


Bantal nikah amat diperlukan semasa akad nikah dijalankan.Ia tampak lebih manis jika pengantin duduk di atas bantal nikah.


Untuk membeli bantal nikah semata-mata untuk sekali kegunaan boleh dikatakan satu pembaziran.Bagi bakal pengantin yang akan DIY pelamin nikah,anda bolehlah menyewa bantal nikah daripada pihak kami.Sekurang-kurangnya,ia akan dapat mengurangkan kos untuk pelamin nikah anda.


Bantal nikah kami merupakan design terkini.Anda boleh lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas:


Bagi sesiapa yang berminat untuk menyewa bantal nikah daripada pihak kami,anda bolehlah email kami di mazayaazalea@gmail.com

Harga untuk sepasang bantal nikah ialah RM100.

Cepat book tarikh anda supaya anda dapat menyewa bantal nikah daripada pihak kami.

Love,
Mazaya Azalea

Sunday 1 April 2012

Sewaan Veil dan Tudung

Assalamualaikum semua..


Tiga perkara yang perlu anda titik beratkan untuk hari bersejarah anda selain ijab dan kabul adalah persalinan,jurugambar dan make-up. Untuk entry kali ini,kami akan berbicara mengenai veil dan tudung.


Setiap pengantin perlu kelihatan anggun pada hari bersejarah mereka kerana moment ini hanya sekali dalam hidup mereka. Selain persalinan yang cantik,anda juga perlu mengenakan veil dan tudung yang menarik supaya persalinan anda tampak begitu sempurna.


Veil merupakan hiasan penting di kepala. Bagi raja sehari yang bertudung pula,anda perlu mengenakan tudung yang sama cantik dengan veil anda.


Kami mempunyai dua eksklusif veil dan tudung bagi bakal pengantin yang masih tercari-cari veil dan tudung untuk digayakan pada hari bersejarah anda nanti. Kedua-dua veil dan tudung menggunakan material shiffon silk dan diserikan lagi dengan heavy beaded lace.


Untuk gambaran lebih jelas,anda boleh rujuk gambar di bawah:






Bagi bakal pengantin yang ingin menyewa veil dan tudung di atas,anda bolehlah email kami di mazayaazalea@gmail.com 

Kami yakin,anda akan berpuas hati dengan sewaan tersebut.

Bagi bakal pengantin yang ingin mendapatkan veil daripada kami,kami juga ada membuat custom made veil dan tudung khas untuk anda dengan harga yang berpatutan.

Love,
Mazaya Azalea

Sewaan Easel

Assalamualaikum semua..


Kali ini kami di Mazaya Azalea Wedding Gallery ingin berkongsi satu idea yang juga menarik untuk diabadikan di hari bersejarah anda.


Photo canvas atau frame sesuai diletakkan di hadapan pintu dewan atau kanopi untuk tatapan tetamu yang hadir. kebiasaannya,photo canvas atau frame akan diletakkan di atas easel.


Anda perlu berkira-kira sekiranya mahu membeli easel kerana penggunaanya mungkin sekali sahaja. Oleh itu, ia satu tindakan bijak jika anda hanya menyewa easel tersebut.


Contoh easel yang kami ada adalah seperti di bawah:





Sekiranya anda berminat untuk menyewa easel daripada kami,harganya adalah RM 50 untuk satu easel. Deposit RM 100 perlu  diberi untuk setiap kali sewaan.Deposit akan dipulangkan semula sekiranya easel dipulangkan dalam keadaan baik.


Cepat! Cepat! Booking tarikh anda sekarang kerana permintaan untuk sewaan easel adalah sangat menggalakkan.


Sebarang pertanyaan,bolehlah email kami di mazayaazalea@gmail.com


Kami amat berbesar hati sekiranya dapat memenuhi impian anda untuk mengabadikan kenangan manis di hari bersejarah anda.


Love,
Mazaya Azalea





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...