Tuesday 19 June 2012

Idea Hand Bouquet

Assalamualaikum semua..


Hand bouquet merupakan elemen penting untuk si raja sehari.Anda tidak boleh sambil lewa tentang pemilihan hand bouquet kerana hand bouquet juga membantu menambahkan seri pada anda dan juga persalinan anda.Ia tampak janggal apabila anda sudah kelihatan anggun dengan persalinan pengantin tetapi anda memegang hand bouquet yang "asal ada" sahaja.


Foto di atas adalah hand bouquet daripada Mazaya Azalea Wedding Gallery.Hand bouquet tersebut inspirasi daripada vintage style.


Kami mencadangkan anda untuk "lari" daripada bahan asas biasa seperti fresh flowers atau artificial flowers untuk pembuatan hand bouquet.Ia tentu akan membuatkan majlis anda tampak lain dan menarik daripada biasa.


Hand bouquet tersebut menggunakan vintage rings sebagai bahan asas.Ia tampak begitu cantik dipakai oleh sesiapa sahaja tak kira apa jua warna persalinan anda kerana hand bouquet tersebut penuh dengan warna.


Kos untuk DIY hand bouquet ini agak tinggi kerana menggunakan vintage rings yang banyak.Jadi,apa kata bagi bakal pengantin yang berminat menggunakan vintage style hand bouquet ini,anda bolehlah membuat sewaan dengan kami.Anda tidak perlu membazir untuk membuatnya sendiri sedangkan anda hanya menggunakannya untuk sekali sahaja.


Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat sewaan,sila email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk membuat tempahan tarikh.Cepat,kerana benda yang menarik biasanya mesti menjadi rebutan ramai orang.=)


Love,
Mazaya Azalea

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...