Tuesday 19 June 2012

Small Easel for Rent

Assalamualaikum semua..


Easel memang menarik untuk dijadikan props pada hari bersejarah anda. Ia juga bakal mencipta kelainan bagi sesiapa yang mahukannya.


Jarang sekali kita ke majlis perkahwinan yang menjadikan easel sebagai props.Jika ada,tetamu pastinya akan tertarik untuk melihat foto foto yang diabadikan pasangan pengantin.Ia bakal mencipta satu suasana yang menggembirakan semua tetamu di mana pengantin dapat berkongsi kegembiraan dan keindahan setiap foto bersama tetamunya.


Jika sebelum ini kami hanya menawarkan saiz easel yang agak besar untuk anda sewa.Namun,untuk produk terbaru kami yang boleh anda sewa adalah small easel.


Ia berfungsi seperti easel biasa dan ia boleh diletakkan di atas meja sebagai centerpiece mahu pun sebagai dekorasi kepada meja pengantin.Malah,easel ini juga sangat sesuai diletakkan di guest book corner dan photo booth area.


Ahh..menarik bukan?=) satu lagi idea untuk hari bersejarah anda.


Jadi,apa tunggu lagi,email kami di mazayaazalea@gmail.com sekiranya anda berminat untuk menyewa easel comel ini.=) Jika anda bercadang untuk menyewanya,ia akan didatangkan sekali dengan frame di atas.Anda cuma perlu meletakkan gambar anda sahaja di dalamnya.Memang menarik.=)


Yang pasti,harga sewaannya jauh lebih murah berbanding easel yang besar itu.=)


Love,
Mazaya Azalea

1 comment:

  1. cmne i nk sewa easel ni..nk pkai utk ari ahad ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...