Tuesday 19 June 2012

Lagi Idea Baju Pengantin

Assalamualaikum semua..


Bersedia untuk dapatkan idea untuk baju pengantin anda?



Nah,untuk anda.=)


Persalinan pengantin di atas masih belum siap sepenuhnya tetapi seperti biasa,kami sentiasa ingin berkongsi kegembiraan kami dengan anda semua.


Setiap kali menyediakan persalinan pengantin,kami jarang sekali menggunakan lace sebagai bahan utama kerana trademark kami ialah menyediakan persalinan pengantin menggunakan chiffon silk sebagai bahan utama.


Untuk persalinan pengantin kali ini,kami menggunakan heavy beaded lace sebagai penambah seri untuk persalinan tersebut.Seperti biasa,menyusun heavy beaded lace memerlukan kreativiti.


Kali ini,heavy beaded lace juga diletakkan di bahagian lengan untuk menyerlahkan kelainan.


Masih banyak lagi yang belum disiapkan untuk baju ini.Kami akan share foto terbaru persalinan tersebut bila ia siap sepenuhnya kelak.Tunggu ya.=)


Love,
Mazaya Azalea

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...