Monday 18 June 2012

Idea untuk Baju Pengantin

Assalamualaikum semua..


Hari ini kami di Mazaya Azalea Wedding Gallery ingin berkongsi tips mengenai baju pengantin.
Untuk trend terkini,kebanyakan baju pengantin tidak lagi menggunakan lace sebagai material utama untuk persalinan pengantin.


Sila amati persalinan di bawah ye.=)


Untuk pengetahuan bakal pengantin sekalian, baju di atas menggunakan fabric chiffon silk.Kami memilih chiffon silk kerana ia lebih tebal berbanding chiffon biasa dan sudah tentunya ia lebih lembut berbanding chiffon biasa.

Untuk lining,kami menggunakan satin silk kerana satin silk juga lebih lembut dan tidak panas apabila dipakai.Jadi,pengantin akan sentiasa berasa selesa pada hari bersejarahnya.

Untuk kemasan pada persalinan tersebut,kami menggunakan heavy beaded lace.Kami patched heavy beaded lace tersebut di baju.Susunan adalah mengikut kreativiti kami.

Selain itu,untuk menambahkan lagi seri pada persalinan tersebut,kami meletakkan butiran pearl di  merata baju supaya baju tersebut kelihatan lebih eksklusif.

Bagi bakal pengantin yang mahukan persalinan seperti di atas,anda boleh email kami di mazayaazalea@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Jika anda telah mempunyai baju dan ingin kami menyerlahkan lagi keindahan baju tersebut,anda juga boleh email kami dan kami sedia membantu anda.=) Kami juga menerima baju yang masih kosong dan tidak mempunyai hiasan langsung untuk kami "make over" kannya.Beri kepada kami dan kami akan bantu anda.

* Foto adalah hak milik Mazaya Azalea Wedding Gallery.Jika anda ingin berkongsi foto tersebut,sila berikan kredit kepada Mazaya Azalea Wedding Gallery.
Terima kasih=)

Love,
Mazaya Azalea


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...