Thursday 21 June 2012

Idea untuk Bunting

Assalamualaikum semua..


Kebiasaannya apabila kita ke majlis perkahwinan,kita akan dapat lihat bunting bergantungan di sekitar kawasan majlis.


Meletakkan bunting di tempat persandingan adalah sesuatu yang agak baik kerana bunting akan memberi informasi kepada tetamu yang hadir ke majlis kita.Andai kata ada 2 majlis serentak di kawasan yang sama,tetamu pastinya akan keliru yang mana satu jemputan untuk mereka.Jadi,dengan adanya bunting,ia akan dapat meyakinkan tetamu yang hadir bahawa majlis tersebut adalah majlis yang mereka patut hadiri.


Bunting di atas adalah contoh bunting yang lain daripada kebiasaan yang kita lihat di majlis perkahwinan.Apa kata anda lari daripada typical bunting dan beralih kepada bunting yang luar biasa.=)

Kebiasaannya bunting akan meletakkan gambar pengantin atau nama pengantin sahaja,tetapi untuk bunting di atas,ia menggunakan cowboy style dan film style.Ia tampak luar biasa dan anda jangan tak tahu,bunting tersebut membuatkan ramai tetamu teruja dengannya.=)

Jika anda berminat untuk mendapatkan bunting tersebut,email kami di mazayaazalea@gmail.com dan kami akan realisasikan impian anda.=)

Love,
Mazaya Azalea Wedding Gallery 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...