Thursday 21 June 2012

Idea Kasut untuk Persandingan

Assalamualaikum semua..


Hari ini kami di Mazaya Azalea Wedding Gallery ingin berkongsi tips dan idea tentang kasut untuk anda pakai pada hari bersejarah anda nanti.


Tidak kira apa pun jenis kasut yang ingin anda pakai sama ada yang bertutup atau pun yang terbuka seperti di atas,kedua-duanya sangat sesuai untuk anda gayakan pada hari bersejarah anda.

Apa yang penting ialah anda jangan memakai flat shoes pada hari tersebut kerana ia sangat tidak sesuai digayakan untuk hari besar seperti hari persandingan mahu pun pernikahan.Walaupun flat shoes sangat selesa,tetapi it's a big NO.=) Biarkan anda tampak lain pada hari bersejarah anda. 

Anda perlulah menggayakan kasut yang mempunyai tumit sekurang-kurangnya 1.5 inci. Bagi bakal pengantin yang tidak biasa dengan pemakaian kasut tumit tinggi,ia memadai dengan memakai kasut 1.5 inci. Tetapi bagi anda yang biasa dengannya,anda digalakkan memakai kasut 3 inci atau lebih.=)

Selain itu,bagi anda memakai kasut terbuka seperti foto di atas,adalah sangat penting untuk anda menjaga penampilan kaki anda. Pastikan tumit kaki anda dalam keadaan elok dan kuku kaki anda dipotong pendek. Ia tampak sesuatu yang simple tetapi banyak orang yang mengabaikan aspek penjagaan kaki.Mereka beranggapan,kaki berada di bawah dan orang lain tidak akan perasaan keadaan kaki anda.Oh tidak..Buang tanggapan seperti itu dan mula lah membuat penjagaan kaki dari sekarang supaya anda akan bertambah yakun untuk menggunakan kasut terbuka pada hari bersejarah anda.=)

Love,
Mazaya Azalea




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...